Friday 16 December 2011

Filem SAM Arahan Pengarah Termuda Di Malaysia


Filem SAM atau Saya Amat Mencintaimu ialah arahan pengarah muda Syafiq Yusof, anak bongsu kepada Datuk Yusof  Haslam. Syafiq baru saja berusia 18 tahun tapi sudah diberi kepercayaan oleh bapanya untuk mengarahkan filem SAM. SAM dilakonkan oleh Shaheizy Sam bersama Lisa Surihani serta Syamsul Yusof. Filem ni sudah mula menjalani pengambaran, mungkin tahun depan kita boleh tengok hasil karya remaja Syafiq Yusof ni.


Sebelum tu Syafiq pernah buat filem pendek komedi bertajuk Along atau Ah long, lebih 60 ribu telah dilihat di you tube. Bapanya jugak memberi peluang kepada Shafiq untuk mengarah beberapa episod dalam Gerak Khas. Nampaknya DY sudah ada ramai pelapis dalam keluarga beliau, menjadi pengarah filem. Satu fenomena jugak dalam keluarga DY Haslam.

Syafiq terpaksa menangguhkan pelajarannya di KLMU kerana nak menumpukan sepenuh perhatian kepada filem SAM. SAM terbitan Skop Productions mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan mencintai Lisa yg jugak rakan sekerjanya. Sementara tu Lisa sering diganggu oleh Haikal dan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara Sam dan Haikal. Dalam pada tu muncul pulak lelaki hensem bernama Jefri yang menaruh hati kepada Lisa. Para pelakon dalam filem ni ialah Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Nasir Bilal Khan, Lydiawati, Harun Salim Bachik, Mubarak Majid dan Fimie Don. Skrip untuk filem SAM diolah sendiri oleh Shafiq dan dibantu oleh sepupunya.
Syafiq lebih suka mengarahkan filem bercorak komedi memandangkan dirinya yang masih muda, tetapi dia cuba mengarahkan filem bercorak cinta  ( dan psycho thriller) seperti dalam filem SAM kerana permintaan oleh bapanya sendiri.  Syafiq lebih suka mengarah dan duduk di belakang tabir berbanding abangnya Syamsul yang turut berlakon dan mengarah. Shafiq agak ceria dan suka berlawak, so meh kita saksikan filem pendek lawak dari Syafiq.


                                                    video pendek komedi hasil karya Syafiq Yusoh  pasal Along.
Ni pon komedi jugak!Pasal Abangku Ku Gangster.
                                                                                                                                      


No comments:

Post a Comment